Rawana di seberang sana
Rawana di seberang sana,
Mu anak manusia.
Mu anak raksasa.
Mu dewa raja.
Mu satria pintar sepuluh kepala.
Rawana di seberang sana,
Bukan takdir mu jadi jahat. Bukan jati mu dusta.
Mu jahat kerana mu durjana.
Mu dusta kerana mu aniaya.
Mu jahil kerana mu alpa.
Rawana di seberang sana,
Cerita boleh diubah, Hikayat Seri Rama dan Seri Rawana,
Marilah kita hentikan sengsara, kembali kita ke jalan dharma,
Nescaya di hujung sam´sara ada syurga,
Untuk mu, untuk ku, untuk semua.
Re-visiting the Ramayana, Mantin, August, 2020