Tuesday, May 31, 2011

Restu untuk Rantau

Secubit bumi yang indah, hujan emas atau batu,
[walaupun bunyi bahasa lidah mereka berbeza],
anak ratau tetap degil [dan mahu],
melihat semua.

Namun [ku tahu].

Rahmat yang paling indah,
adalah mendapat restu ibu,
[dan menyentuh angin lumpur tanah air], [walaupun hanya seketika],
dan kembali terbang didalam Jentayu,
untuk mencubit bumi yang indah, bayu emas atau batu,
[walaupun bunyi bahasa lidah mereka berbeza],
anak rantau tetap degil,
[nak] melihat semua.

Kembali ke Tanah Air, LCCT, May 2011